Mohon Maaf Blog ini tidak aktif kerana sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.





Wednesday, July 28, 2010

LADANG ANGGUR SIK

Ladang Anggur Tasik Bris diusahakan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Kewujudan ladang ini lahirnya dari inspirasi pemilik syarikat ini sendiri yang mempunyai hobi menanam pokok dan berkebun.
Excel Agrotech Sdn Bhd (2007) mengusahakan dua ladang anggur terletak di Kampong Ternas, di buka pada November 2007 dan Ladang Anggur Sungai senam dibuka pada 2008. Excel Agrotech mempunyai 12 pekerja mahir, anak tempatan bagi menguruskan kedua dua ladang ini.
Purata keluasan ladang adalah seluas 4 ekar dan menempatkan 1000 pokok terdiri daripada dua varieti iaitu White Malaga dan Black ophal Grape. Manakala Ladang Anggur Sungai Senang pula seluas 30 ekar dan menempatkan 6000 pokok yang sudah di tanam .

Monday, July 26, 2010

LAWATAN YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI KE DAERAH SIK

AWASI SYARIKAT PERDAYA PETANI

Pemilik tanah perlu hati hati terima tawaran pemasaran hasil tani

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menasihat pemilik tanah supaya tidak mudah terpedaya terhadap tawaran dari syarikat syarikat tertentu yang menawarkan khidmat pemasaran hasil pertanian.

Untuk bacaan : sila rujuk Utusan Malaysia 21 Julai 2010
wARTAWAN: AZMAN MD NOOR

Sunday, March 28, 2010

PENYAKIT MATI ROSOT ANCAM POKOK BETIK

Penyakit mati rosot ancam pokok betik

PEKAN SIK - Sebanyak 2,400 pokok betik terpaksa dimusnahkan akibat terkena penyakit mati rosot betik, melibatkan dua lokasi berbeza iaitu di belakang Hospital Sik dan Kampung Bakar Sampah. Pegawai Pertanian Daerah Sik, Rozaidi Abdul Rahman berkata, kesemua pokok betik yang ditanam di kedua tempat berkenaan, merupakan kes pertama dikesan. Menurutnya, lokasi di belakang hospital melibatkan 1,200 batang pokok dan dimusnahkan lebih awal, kemudian di lokasi di Bakar Sampah melibatkan dua orang pengusaha, seorang pengusaha memiliki 800 pokok sementara seorang lagi 400 pokok. “Penyakit itu adalah penyakit tanaman betik yang paling serius dan boleh menyebabkan kerosakan pokok serta kehilangan hasil buah betik. “Antara patogen penyebab penyakit itu ialah bakteria, ‘Erwinia papayae’, dan bahagian yang diserang seperti daun, pelepah, pucuk, batang serta buah betik secara keseluruhan,” katanya. Rozaidi berkata, mengikut Seksyen 11, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, petani dikehendaki memusnahkan segera benih dan anak pokok betik di tapak semaian dan ladang sekiranya diserang penyakit itu. “Dalam seksyen sama, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, mana-mana petani yang enggan memusnahkan tanaman berkenaan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000. “Antara matlamat utama penghapusan betik berpenyakit itu adalah untuk mencegah penyakit dari terus merebak dan menjadi ancaman kepada industri tanaman betik negara,” katanya. Menurutnya, pihaknya turut memberi penerangan secara lengkap kepada pengusaha terlibat, dan mereka dapat menerima arahan pemusnahan tanaman itu. “Sementara jenis betik yang berisiko penyakit itu ialah seperti betik Eksotika, Hong Kong, Solo dan Sekaki, pemusnahan pokok betik dilakukan dengan kaedah membuang pokok ke dalam lubang seterusnya menimbus dengan tanah. “Pengusaha terlibat akan diberi pampasan oleh jabatan, sebagai bayaran atas kerugian yang dialami, serta sebagai menghargai kepayahan mereka mengusahakan tanaman itu,” katanya. Dia berkata, pihaknya akan menggantikan dengan tanaman cili fertigasi di kawasan belakang hospital, manakala bagi lokasi Kampung Bakar Sampah akan ditanam dengan tanaman pisang melibatkan pengusaha yang sama.
Sumber: Harian Sinar : 29 Mac 2010

Wednesday, February 24, 2010

INDUSTRI ROSELLE DAERAH SIK

1.0 LATARBELAKANG

Penanaman tanaman roselle diusahakan oleh beberapa petani bagi memenuhi keperluan aktiviti pemprosesan IAT daerah Sik. Tahun 2009 keluasan bertanam daerah Sik 3 ha dengan 2 orang petani iaitu di Kg Charuk Tenang (2 ha), Mk. Sok dan Kg. Dusun Pengapit (1 ha) Mk. Jeneri. Tempoh hayat tanaman selama 4 bulan dengan pengeluaran hasil selama 30 hari. Benih dibekalkan oleh Jabatan Pertanian dari jenis roselle-terengganu. Jumlah pengeluaran bagi sepokok tanaman lebih kurang 5 kilo. Anggaran keluasan tanaman dijangka bertanam bagi tahun 2010 adalah 1.6 ha iaitu di Gulau dan Kg. Dusun Pengapit.

2.0 AKTIVITI PEMPROSESAN ROSELLE DAERAH SIK.

Penanaman roselle diberi keutamaan untuk aktiviti pemprosesan produk Jus Roselle, Jem dan halwa. Status semasa terdapat seorang pengusaha produk IAT bagi Jus Roselle dibawah bimbingan Jabatan Pertanian (Dusun Pengapit Enterprise). Selain sumber bahan mentah dari daerah sik , pengusaha mendapat sokongan bahan mentah dari Lenggong (30 ha), Arakuda, P.Pinang dan Padang Terap, Kedah (20 ha).

Buah rossell yang diperolehi di proses menjadi puri dan disimpan dalam ’freezer’ yang disediakan oleh jabatan. Kapasiti penyimpanan yang kecil menghadkan keupayaan pengusaha untuk memproses. Had penyimpanan stok buah semasa adalah 160 kilo (segar) dan 400 kilo dalam bentuk puri.

3.0 LIMITASI PENANAMAN ROSSELL

I. Tempat dan kapasiti penyimpanan yang kecil.
II. Bil. pengusaha yang memproses adalah kurang.
III. Tempoh penghasilan singkat hanya 30 hari perlu di tuai secepat mungkin.

Monday, February 1, 2010

Kempen Bulan Sembahyang

Program Kempen Bulan Sembahyang untuk kakitangan daerah Sik.

Solah Doha

Pagi Hari Khamis Minggu ke Tiga Setiap Bulan.
Jam 9.30 pagi di Dewan Wawasan Gemilang, Majlis Daerah Sik

Solat Asar

Hari Khamis Setiap minggu
Jam 4.20 petang di Dewan Wawasan Gemilang, Majlis Daerah Sik.
Tarikh: 4 Feb, 11 Feb, 18 Feb dan 25 Feb 2010

Semua Kakitangan dijemput Hadir.

Aturcara Majlis

4.15 pm -Tazkirah oleh Tuan Pegawai Agama Daerah/Wakil
4.52 pm- Solat Asar berjemaah
Bersurai.

Wednesday, January 27, 2010

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010

Hebahan "Jom Masuk U" untuk semua.

Zon Tujuh : Kedah Perlis.
Tarikh : 6-7 hb Mac 2010
Tempat : Dewan Wawasan , Jitra Kedah.

Aktiviti:

  • Pameran Pendidikan
  • Informasi Kemasukan
  • Kuiz Jom Masuk 'U'
  • Forum
  • Cabutan Perdana/Bertuan
  • Khidmat Bimbingan & Kaunseling IPT, Agensi Kerajaan
  • Permohonan Aplikasi Dalam Talian

Wednesday, January 20, 2010

JUALAN BENIH SAYURAN

Jualan benih sayuran boleh diperolehi di Seksyen sayuran tanaman ladang, Unit Hortikultur Negeri Kedah, Pusat Pembangunan Komoditi Telok Chengai pada hari Isnin hingga Rabu.

Senarai Benih Sayuran bagi 1 kilogram

Timun RM 150.00
Saderi RM 90.00
Terung RM 300.00
Cili MC 11 RM 150.00
Cili Kulai RM 150.00
Jagung RM 6.00
Bendi RM 30.00
Kacang Panjang RM 60.00
Kacang Buncis RM 30.00
Petola RM 30.00
Salad RM 70.00

Tuesday, January 19, 2010

5 S DALAM JABATAN KITA

PENGENALAN

5s merupakan amalan pengurusan yang merangkumi 5 komponen pelaksanaan untuk mewujudkansatu persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif serta dapat membina budaya kerja yangcemerlang bagi mencapai satu standard yang telah ditetapkan. 5S juga merupakan budaya yang perlu diamalkan untuk mengekalkan prestasi kecemerlangan organisasi.

OBJEKTIF 5S

•Mewujudkan persekitaran yang selesa dan kondusif supaya kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan.
•Membina budaya kaizen(penambahbaikkan berterusan) dikalangan warga kerja.
•Meningkatkan kerjasama semua peringkat dan pemantapan "teamwork".

KOMPONEN 5

SSEIRI - SISIH
•Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan dan membuangnya.

SEITON- SUSUN
•Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO - SAPU
•Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di mana-mana

SEIKETSU - SERAGAM
•Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa .

SHITSUKE - SENTIASA AMAL
•Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan dan pembudayaan secara berterusan

POLISI 5S

"KE ARAH BUDAYA KERJA YANG EFISYEN DENGAN PERSEKITARAN YANG SELESA SUPAYA KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN DICAPAI DEMI KEPUASAN PELANGGAN"

RUMUSAN

5S jika diamalkan dan diterjemah dalam bentuk arahan dan tindakan akan membantu mendisiplinkan ahli organisasi di sampingkejayaan dapat dicapai seperti misi dan visi yang telah ditetapkan.